10 Cloverfield Lane

10 Cloverfield Lane ialah filem seram psikologi cereka sains Amerika Syarikat 2016 arahan Dan Trachtenberg dalam arahan pertamanya, diterbitkan oleh J. J. Abrams dan Lindsey Weber dan ditulis oleh Josh Campbell, Matthew Stuecken dan Damien Chazelle. Filem ini dibintangi oleh Mary Elizabeth Winstead, John Goodman, dan John Gallagher Jr. Ia merupakan siri kedua dalam francis Cloverfield. Cerita ini mengisahkan seorang wanita muda, selepas kemalangan kereta, bangun di bawah tanah dengan dua orang lelaki yang menegaskan bahawa peristiwa itu telah meninggalkan permukaan bumi yang tidak dapat didiami.Filem ini dibangunkan dari skrip bertajuk The Cellar, tetapi di bawah terbitan oleh Bad Robot, ia berubah menjadi pengganti rohani untuk filem 2008, Cloverfield. Ia dibentangkan dalam naratif orang ketiga, berbeza dengan gaya pendahulunya. Penggambran dijalankanndi bawah tajuk Valencia in New Orleans, Louisiana dari 20 Oktober hingga 15 Disember 2014.10 Cloverfield Lane ditayangkan di Bandar Raya New York pada 8 Mac 2016 dan dikeluarkan di negara-negara terpilih pada 10 Mac. Ia dikeluarkan di Amerika Syarikat pada 11 Mac 2016, dalam format konvensional dan IMAX. Filem ini mendapat ulasan positif, dengan banyak memuji persembahan pelakon, serta suasana filem yang mengasyikkan; ia mencecah $110 juta di seluruh dunia.

10 Cloverfield Lane

Bahasa Inggeris
Cerita oleh
  • Josh Campbell
  • Matt Stuecken
Lakon layar oleh
Muzik oleh Bear McCreary
Disunting oleh Stefan Grube
Pengarah Dan Trachtenberg
Penerbit
Pecah panggung $110.2 juta[5]
Mula ditayangkan 8 Mac 2016 (2016-03-08) (New York City)
11 Mac 2016 (A.S.)
Syarikatpenerbitan
Sinematografi Jeff Cutter
Tempoh tayangan 104 minit[1]
Negara Amerika Syarikat
Dibintangi oleh
Pengedar Paramount Pictures
Perbelanjaan $13–15 juta[2][3][4]

Rujukan

WikiPedia: 10 Cloverfield Lane http://www.10cloverfieldlane.com/ http://www.allmovie.com/work/647040 http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=badrobot20... http://www.cinemablend.com/new/How-Bradley-Cooper-... http://www.empireonline.com/movies/features/10-clo... http://www.empireonline.com/movies/features/jj-abr... http://www.heraldguide.com/details.php?id=15037 http://www.imdb.com/title/tt1179933/ http://www.metacritic.com/film/titles/10-cloverfie... http://www.projectcasting.com/news/bad-robots-vale...